PRINSIP DAN PERANAN SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJUTERAAN DALAM ISLAM
NAMA AHLI KUMPULAN ; -
-MUHAMMAD FADZRIN BIN OTHMAN 15DUB20F1018
-AHMAD MUKHAIRI BIN AHMAD NIZAR 15DUB20F1008
-MUHAMMAD FAIZ BIN FAROCK 15DUB20F1019
-NADHIR IMAN BIN SHAVAREIN 15DUB20F1024
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN - MPU 23052
DUB2A
PERHARGAAN
Bismillahrahmanirahim
Assalamualaikum dengan limpah kurniaanya. Kami dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa
yang ditetapkan oleh pensyarah kelas kami . Terlebih dulu kami ingin mengucapkan
jutaan penghargaan terima kasih kepada pensyarah Politeknik
Sultan Azlan Shah iaitu kepada pensyarah
Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam kami iaitu Puan Rahimah yang telah memberikan
tugasan kepada kami dalam berbentuk blog.
Kami kumpulan 1 kelas DUB2A telah diberikan tugas untuk membuat blog
yang bertajuk Prinsip Syariah Dan Etika
Islam Dalam Sains Dan Kejuruteraan dalam Islam. Semasa kajian dijalankan, kami
bekerjasama dalam memberikan setiap idea kami untuk dikongsi untuk memberikan
hasil yang berkesan dan berkualiti ketika proses melaksanakan tugasan ini.
Kami
telah berusaha untuk menjayakan tugasan ini dengan membuat pelbagai
perbincangan sebelum memulakan pembuatan blog ini. Kami berpendapat bahawa
tajuk yang diberikan kepada kami ini merupakan fakta tentang Prinsip Syariah
Dan Etika Islam Dalam Sains Teknologi Dan Kejuruteraan.Pelbagai ilmu yang dapat
kami peroleh sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan
paradigma dalam era globalisasi ini,
Kami berharap
agar ilmu yang kami kongsi ini dapat
dimanfaatkan bersama dalam kehidupan seharian sebagai makhluk Allah s.w.t di
muka bumi ini.
2. PENDAHULUAN
Syariah dari segi bahasa merujuk kepada jalan yang lurus, tempat keluar sesuatu atau jalan ke tempat air minum. Kaitannya dengan air menunjukkan kepada kita bahawa kewujudan air adalah penghubung kepada penerusan hayat manusia. Begitu juga dengan jalan yang lurus, akan membawa manusia ke arah kebaikan.
Syariah dari aspek istilah adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia melalui Rasulullah s.a.w. . Antaranya wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Sama ada ianya diambil dari Al-Quran ataupun hadis. Hukum-hakam ini dikenali sebagai hukum syariah kerana dari sudut kelurusan dan kejelasannya yang tidak bersimpang-siur dan tidak mempunyai sebarang kesamaran yang diragukan. Bahkan dari segi sains dan teknologi juga harus mengikut hukum syariah yang telah ditetapkan supaya dapat memelihara kesejahteraan alam dan keharmonian sejagat
Prinsip syariah terbahagi kepada lima bahagian antaranya adalahRabbaniah(ketuhanan),Wasatiah(kesederhanaan), Tamazun(keseimbangan), Mizan(Kesetaraan), Tetap & Anjal(Mutlak & Murunah). Seterusnya, antara peranan-peranan syariah dalam Islam adalah memelihara agama, memelihara maruah, memelihara nyawa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta.
1 PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
Syariah dalam bahasa arab bermaksud aliran (mazhab) dan jalan lurus. Perkataan syara” memberi makna mencipta, menjelas dan menerangkan. Firman Allah SWT dalam surah al-jathiyah:
Syariah dari segi bahasa ialah kata nama terbitan daripada kata kerja syarak yang bermaksud menetapkan atau menerangkan jalan. Kalimah syariah pula membawa maksud jalan yang terang. Syariah dari segi istilah pula merujuk kalimah Arab yang menjelaskan tentang segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya seperti hukum yang berkaitan dengan akidah, ibadah, akhlak, muamalat, munakahat dan sistem-sistem hidup dalam pelbagai aspek yang lain demi mencapai kebahagian dunia dan akhirat.
Segala hukum ini dipanggil syariah kerana menjadi satu sumber yang lurus dan sistemnya tidak menyimpang daripada matlamat. Syariah umpama sumber air kerana sentiasa diperlukan sebagai sumber kehidupan manusia. Manusia akan mati tanpa air dan manusia akan sesat tanpa syariat. Kewujudan syariat bukan bertujuan menyusahkan tetapi syariat perlu dipatuhi bagi mencapai kesempurnaan hidup di dunia dan akhirat.
Pembinaan syariah ini bermula pada zaman Rasulullah SAW lagi. Pada zaman Rasulullah SAW, baginda berpegang kepada dua sumber, iaitu al-Quran dan hadis. Prinsip-prinsip umum Islam pula dilaksanakan dan hukum-hukum diwujudkan supaya dapat mengambil hukum secara kesuluruhan untuk sepanjang zaman. Ringkasnya, kaedah-kaedah syariat ini sudahpun dimantapkan dan dasar-dasarnya pula telah ditegakkan dan disempurnakan pada zaman Rasulullah SAW (mohd. Salleh, 1999).
Prinsip syariah merupakan jalan arah sumber air atau memberi makna jalan yang lurus. Ianya juga adalah merujuk kepada segala hukum yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada umat manusia melalui Rasulullah saw. Prinsip syariah terbahagi kepada 5 prinsip.
Pertama, Rabbaniah iaitu ketuhanan yang merujuk kepada syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah sesuai dengan keperluan manusia. Kedua, Wasatiah iaitu kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau berkurangan. Ketiga, Tawazun iaitu keseimbangan dalam syariat bermaksud segala kandungannya mengimbangi antara keperluan manusia di dunia dan di akhirat. Keempat, Mizan iaitu kesetaraan dalam syariat terlihat dalam hukum hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kelima, Tetap dan Anjal iaitu mutlak dan murunah menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya yang tetap untuk semua zaman dan umat.
1. Rabbaniah (Ketuhanan)
Prinsip ini menjelaskan syariah Islam adalah dicipta dan disusun oleh Allah SWT. Alam yang terbentang luas ini mengandungi segala khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah SWT. Seluruh ciptaan alam adalah milik Allah SWT. Kita sebagai khalifah yang tertakluk kepada peraturan alam milik-Nya. Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian diri kepada Allah SWT dan menginsafi keagungan-Nya. Inilah keyakinan yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam. Mempertikaikan sistem Islam bermakna kita meragui sistem yang datang daripada Allah. Demikian juga dengan sistem ekonomi Islam. Ia lahir melalui wahyu Allah iaitu Al-Quran dan sunnah Nabi saw. Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Kaya dengan segala kekuasaan, maka sebarang sistem yang datang daripada-Nya juga adalah yang terbaik. Antara prinsip-prinsip ekonomi Islam ialah rabbaniah. Ia bermaksud bahawa ekonomi Islam berkait rapat dengan ketuhanan atau ilahiah bukan hanya berlandaskan kepentingan material.
Segala kandungannya meliputi aspek aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Rabbaniah boleh difahami dalam dua konteks kefahaman :
Kefahaman yang pertama tentang prinsip rabbaniah dalam sistem ekonomi Islam adalah keyakinan bahawa sistem ekonomi Islam dalam segi dasarnya adalah unggul dan terbaik kerana ia datang daripada Allah dan Nabi Muhammad. Sebagai contoh, tidak semua umat Islam faham apakah hikmah di sebalik pengharaman riba. Lebih-lebih lagi pada zaman yang begitu mencabar ini. Riba seolah-olah menjadi kebiasaan dan rata-rata menganggapnya tidak mengapa bak kata peribahasa Melayu alah bisa tegal biasa. Namun, bagi orang yang beriman kepada Allah SWT apabila Al-Quran dan hadis dengan jelas mengharamkan riba, mereka tidak akan berlengah-lengah meninggalkan riba dan saki-bakinya tanpa sebarang keberatan. Inilah bukti iman kita kepada Yang Maha Esa.
2. Wasatiah (Kesederhanaan)
Kesederhanaan dalam syariat adalah memberi makna segala hukum hakamnya
adalah bersifat sederhana. Tidak ekstrem kepada yang berlebihan atau
berkurangan. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada
pelaksanaan hukum mengikut keperluan yang tertentu. Contohnya solat fardhu
hendaklah dilakukan secara berdiri. Diberikan kelonggaran untuk duduk bagi
yang sakit. Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua perkara.
Mengambil tindakan antara dua kecenderungan. Contohnya antara kaya dan
miskin. Maka mengambil pendirian sederhana dalam mencari harta lebih
diutamakan
Ciri-ciri kesederhanaan syariah Islam adalah seperti berikut:
Keseimbangan antara Nas Syarie dan realiti kehidupan.
Nas-nas yang datang dari Al-Quran dan hadis yang sahih merupakan hukum yang pasti. Hukumnya adalah pasti dalam soal yang diperkatakan oleh nas tersebut. Sebahagian ulama Islam berpendapat bahawa ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi yang sahih tidak datang dalam bentuk pasti melainkan dalam soal-soal ibadah tauhid sahaja. Manakala aspek lain seperti sosial, pemerintahan, perniagaan dan hubungan antara manusia datang dalam bentuk zanni. Natijahnya bahawa Islam dalam perundangan mengambil kira soal hubungan kehidupan manusia yang berubah-ubah dengan tuntutan agama iaitu dengan mengimbangi antara nas dan realiti kehidupan.
Perbezaan antara ideal dan realiti.
Islam mengambil kira keadaan manusia dan kemampuan mereka sebelum sesuatu hukuman dilaksanakan. Islam juga menggalakkan umatnya melakukan perkara-perkara yang membawa mereka ke suatu tahap yang paling ideal, contohnya amalan sunat. Amalan tersebut bukanlah suatu yang diwajibkan oleh Islam tetapi ia lebih bersifat sukarela dari hamba yang mencari keredhaan tuhannya. Kesemua hukum taklif yang diwajibkan oleh Islam terhadap umatnya adalah dalam lingkungan kemampuan dan upaya manusia. Sebagai contoh dalam pemilikan harta, Islam mengiktiraf pemilikan harta individu dan kekayaan kerana ianya adalah naluri manusia.
Keseimbangan antara kehendak individu dan masyarakat.
Dalam persoalan hubungan kekeluargaan, segala hukum tanggungjawab yang dikenakan ke atas semua ahli keluarga adalah untuk kepentingan bersama dan pembinaan sebuah keluarga yang harmonis.
Keseimbangan antara matlamat dan cara
Kesederhanaan hubungan antara matlamat dan cara hanya terdapat dalam perundangan Islam sahaja. Perundangan Islam mampu mencapai matlamat yang sempurna untuk menggabungkan antara cara dan matlamat dengan pendekatannya yang tersendiri iaitu melalui kaedah “Sadul zaraie”. Pendekatan ini tidak terdapat dalam mana-mana perundangan sivil yang menilai matlamat suatu hukum itu terpisah dari cara pelaksanaannya. Sedangkan Islam pula melihat kepada pendekatan “cara berpandukan matlamat”
3. Tawazun (Keseimbangan)
Tawazun bermaksud ajaran Islam memberikan perhatian yang seimbang kepada semua aspek kehidupan manusia, iaitu individu dan masyarakat, rohani dan jasmani, kebedaan daan kerohanian serta dunia dan akhirat. Sikap tawazun sangat diperlukan oleh kita sebagai orang Islam, tujuannya adalah agar kita tidak melakukan sesuatu hal yang berlebihan dalam hal-hal yang lain atau malah melupakannya, padahal hal yang dimaksudkan itu mempunyai hak yang harus ditunaikan pada diri kita. Walaupun dimaksudkan sebagai suatu keseimbangan atau adil, hal itu bukan bererti harus meletakkan kedudukan ditengah-tengah kerana realitinya suatu pertengahan belum tentu menunjukkan suatu keseimbangan kerana bergantung bebanannya. Hal ini mungkin lebih mudah difahami oleh seorang seni bina atau seorang jurutera teknik atau contohnya dapat diambil sebagai berikut, seorang ibu mempunyai dua orang anak, anak pertama sedang belajar di universiti, manakala yang lagi seorang masih belajar di sekolah menengah, sudah semestinya ibu tersebut tidak akan memberikan wang saku dengan jumlah yang sama kepada anak-anaknya, jika ibu tersebut berpegang pada prinsip keadilan tentu ia akan memberikan wang dengan dengan jumlah yang lebih kepada anaknya yang tua kerana anak ini memerlukan keperluan yang lebih berbanding anaknya yang masih berada di peringkat sekolah menengah.
Keseimbangan yang dimaksudkan dalam sains, teknologi dan kejuruteraan menurut islam ialah setiap kemajuan saintis, teknokrat dan jurutera perlulah seimbang dalam usaha menyediakan keperluan manusia dan masyarakat hari ini agar ianya menjadi bekalan di akhirat nanti serta tidak disalahgunakan sesuai dengan prinsip syariat itu sendiri.
4. Mizan (Kesetaraan)
Mizan yang bermaksud kesetaraan dalam syariat dapat dilihat dalam hukum-hakam yang memberikan nilai yang selayaknya bagi sesuatu perkara. Kesetaraan dalam syariat menuntut agar segala tindakan yang dilaksanakan hendaklah meraihkan keperluan dunia dan akhirat.
Kesetaraan dalam syariat menuntut agar setiap perkara yang dilaksanakan hendaklah perlu ditimbang agar hukum-hakam tidak menjadi korban atas nama penyelidikan dan pembangunan. Setiap perkara yang dilakukan hendaklah mengambil kira item-item yang digunakan itu benar menurut sukatan atau had yang ditentukan oleh syariat.
PERANAN SYARIAH ISLAMIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
a. Memelihara Agama
-Peranan utama syariah Islam adalah untuk memelihara nilai agama serta perlaksaannya. Sebarang elemen yang boleh mengugat kesucian agama akan dicegah sebelum berlaku. Andai kata sudah berlaku maka, hukuman yang sewajarnya bagi tujuan siksaan dan didikan akan dilaksanakan. Pensyariatan hukuman dan perundangan dalam syariat Islam akan mengambilkira kesannya kepada kemuliaan dan kesucian agama. Syariat Islam menetapkan sebarang kajian , ciptaan dan hasil sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah memberikan kebaikan kepada memelihara agama. Pembinaan bangunan yang dilengkapi dengan kecanggihan peralatannya menjadikan manusia insaf tentang keagungan Allah swt dan digunakan untuk kebaikan manusia sejagat. Untuk menyelamatkan agama, maka hokum keluar dari Islam adalah termasuk jenayah hudud.
b.Memelihara Maruah
Syariat Islam menetapkan pemeliharaan maruah atau harga diri merupakan perkara penting dalam kehidupan manusia. Segala kajian yang melibatkan sains teknologi dan kejuruteraan hendaklah mengambilkira kepentingan maruah umat. Tindakan yang membelakangkan maruah boleh mengundang perosakkan dan pemusnahan yang besar atas nama pembangunan atau pemodenan atau penyelidikan bukan menjadi lessen untuk merobek maruah manusia atau maruah agama. Kerosakkan dan kefasadan yang melanda ala mini adalah antaranya punca daripada kealpaan para saintis , teknokrat dan jurutera terhadap nilai maruah manusia. Lantaran itu, hukum-hakam dalam syariat Islam memandang serius terhadap tindakan yang boleh merosakkan dan menghancurkan maruah seseorang.
c. Memelihara Nyawa
Nyawa merupakan ciptaan unik kepada kejadian manusia menjadi keutamaan untuk dipelihara melaksanakan tanggungjawab khalifah. Nyawa tidak diambil kecuali atas sebab yang dibenarkan oleh syarak.
. Syariat Islam mengharuskan segala benda yang boleh menyelamatkan nyawa. Dalam waktu yang sama, mengharamkan segala sesuatu yang boleh merosakkan nyawa manusia. Pensyariatan hukum dalam Islam mengambilkira keselamatan nyawa manusia dengan mengkanunkan hukum-hukum pencegahan. Islam mengharamkan bahan-bahan yang boleh merosakkan dan membunuh nyawa manusia. Contohnya, segala bahan kimia yang boleh membunuh dan merosakkan diri manusia. Seterusnya, Islam menggalakkan manusia mengambil sesuatu yang boleh memberikan kesihatan dan kekuatan kepada nyawa manusia. Contohnya, dengan mengambil makanan yang halal dan berkhasiat nyawa manusia akan sihat. Begitu juga makanan yang bersifat abstrak seperti zikrullah akan menyihatkan nyawa manusia.
d. Memelihara Akal
Akal merupakan anugerah utama bagi komponen tubuh badan manusia. Kemampuannya tiada tolak tandigannya. Kekuatan akal mampu berfikir secara maksima menyamai kemampuan ribuan komputer riba yang diletakkan memenuhi padang bola sepak. Akal yang sihat dijamin oleh syariat melalui penjagaan makanan, minuman dan riadah manusia.Islam melarang segala perubatan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan pada akal seperti mengambil minuman yang memabukkan, pil-pil yang mengkhayalkan dan bahan bacaan yang merosakkan ketajaman minda. Akal yang cerdas berada pada tubuh yang cergas menuntut penjagaan pada tubuh badan bagi memelihara kecerdasan minda. Segala aktiviti dan tindakan yang boleh mengancam keaslian, kemampuan dan keselamatan akanl adalah haram di sisi syariat Islam.
Comments
Post a Comment